Biasanya, kulit babi akan mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaan kulit berbanding daripada kulit lembu biasa.
Amat sukar untuk mengenal pasti produk dari kulit babi daripada kulit lain hanya dengan melihat secara kasar. Pembentukan folikel rambut akan kelihatan apabila diperiksa dengan mikroskop akan memberitahu anda sama ada ia-nya adalah kulit babi atau lembu atau mana-mana jenis kulit. Folikel rambut di kulit babi kebiasaan-nya menegak melalui kulit yang tersembunyi, tetapi lain pula bagi kulit lembu di mana folikel rambut lembu berada pada keadaan sudut.
Biasanya, berbanding dengan kulit haiwan yang lain, untuk mengenal pasti produk dari kulit babi, anda akan dapat melihat beberapa tompok yang berbentuk bulat. Jika anda melihat dengan teliti pada gambar-gambar yang diberikan, anda tidak akan mempunyai masalah dalam mengenal pasti produk dari kulit babi. Jika anda masih tidak pasti mengenai kesahihan sumber kulit tersebut, and boleh baca label atau meminta penjaga kedai menerangkan tentang produk yang anda ingin beli.
AWAS! Jangan tanya mereka jika ini barang tersebut adalah dari kulit babi kerana mereka mungkin memberikan info yang salah untuk mengenal pasti produk dari kulit babi. Sebaiknya biarkan mereka memberitahu anda apa jenis kulit yang digunakan.
No comments:
Post a Comment