Pada zaman dahulu sebelum ada teknologi untuk membezakan masa siang dan malam ialah dengan melihat kedudukan matahari. Dan orang-orang pada zaman purba boleh menentukan masa yang tepat dan sesuai.
SEJARAH JAM MATAHARI
Sejarah Jam matahari pertama kali digunakan sekitar 3500 SM. Jam ini menunjukkan masa berdasarkan kedudukan matahari, antara cara penggunaan adalah dengan menggunakan bayang-bayang yang terpancar di permukaan rata yang kemudiannya ditanda dengan waktu dalam sehari.
SEJARAH JAM AIR
Orang-orang Mesir diketahui sebagai manusia yang tinggi budaya dan intelek berbanding dengan masyarakat di tempat lain. Sejarah penggunaan jam air telah ditemui di Mesir dan dinamakan sebagai clepsydra pada tahun 1400 SM.
SEJARAH JAM G-SHOCK
Jam G-Shock adalah jenama terkenal di setiap pelosok dunia. Jam tangan G-shock adalah pengilang dari Syarikat Casio. Debut jam ini bermula pada tahun 1983 dan sehingga kini jam tangan G-shock sangat disayangi oleh artis-artis Hollywood. Disebabkan terdapat banyak permintaan, mereka telah menghasilkan Casio Baby G sebagai sahabat G-Shock.
No comments:
Post a Comment